Laman Web SPRM

Wednesday, September 9, 2009

Lima pegawai SPRM buat laporan polis di IPD Shah Alam

SHAH ALAM 9 Sept. — Lima pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) termasuk Mohd. Ashraf Mohd. Yunus yang merupakan seorang saksi di dalam inkues bagi menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini hari ini.

Pengarah SPRM Selangor, Jaafar Mahad memberitahu para wartawan di luar Ibu Pejabat Polis Daerah di sini bahawa kelima-lima pegawainya itu membuat laporan polis pada pukul 4.30 petang tadi bagi menafikan para pegawainya menggunakan kekerasan semasa menyoal siasat suspek. - Utusan

No comments:

Post a Comment