PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, memanggil dua kontraktor berhubung siasatan kes tuntutan projek yang tidak wujud di Selangor.
Kedua-dua kontraktor lelaki itu, tiba di ibu pejabat SPRM di sini bersama peguam mereka kira-kira jam 11.30 pagi.
Difahamkan, kedua-dua mereka disoal siasat SPRM mengenai kaitan mereka dengan tiga projek masing-masing di Sungai Pelek, Seri Kembangan dan Kuala Kubu Bahru.
Sumber SPRM berkata, kedua-dua kontraktor itu diambil keterangan mereka bagi membantu siasatan terhadap penyalahgunaan dana kerajaan Selangor.
Laporan sebelum ini menyebut, SPRM menerusi Pegawai Penyiasat SPRM Selangor, Mohd Anuar Ismail, mendedahkan mengenai kegiatan empat firma Bumiputera meminjamkan kepala surat syarikat mereka kepada individu tertentu untuk menjalankan projek yang tidak wujud. - Berita Harian


No comments:
Post a Comment