SHAH ALAM 14 Ogos – Geseran pada tapak kasut kanan milik Teoh Beng Hock berlaku akibat kaki Setiausaha Politik Exco Selangor itu mencecah lantai terlebih dahulu semasa dia terjatuh dari tingkat 14, Plaza Masalam dan bukannya disebabkan diseret.
Pakar Perunding Kanan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Dr. Khairul Azman Ibrahim berpendapat sedemikian berikutan wujudnya kesan geseran serupa di lantai berhampiran mayat Beng Hock.
Beliau yang menyambung keterangan pagi ini juga berkata, ia konsisten dengan kecederaan dialami Beng Hock yang menunjukkan yang menunjukkan badannya condong ke arah kanan dengan kaki dan punggungnya mencecah lantai dahulu sebelum anggota badan lain. - Utusan


No comments:
Post a Comment