SHAH ALAM 26 Ogos – Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati Teoh Beng Hock bertanggungjawab menyediakan dokumen untuk projek-projek yang tidak wujud bagi mendapatkan kelulusan melalui peruntukan tahunan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Ia didedahkan oleh Pegawai Penyiasat SPRM, Mohd. Anuar Ismail pada prosiding inkues kematian Beng Hock di sini hari ini.
Menurutnya, berdasarkan rakaman percakapan Beng Hock dan saksi-saksi lain, syarikat-syarikat terlibat hanya meminjamkan nama dan mendapat komisen antara lima hingga sepuluh peratus bagi setiap projek.
Hasil siasatan juga mendapati Beng Hock, DAP, DAP Serdang Aman, DAP Sungai Long menerima komisen daripada beberapa syarikat yang mendapat projek melalui peruntukan ADUN Selangor itu.
Pendedahan tersebut telah menimbulkan bantahan di kalangan peguam pemerhati sehingga mahkamah prosiding inkues hari ini terpaksa ditangguhkan sebentar bagi membolehkan semua pihak berbincang. - Utusan


No comments:
Post a Comment