Laman Web SPRM

Wednesday, August 19, 2009

Koroner arah siasatan terhadap surat

SHAH ALAM 19 Ogos – Mahkamah koroner di sini hari ini mengarahkan siasatan dibuat terhadap isi kandungan sepucuk surat bertarikh 5 Ogos lalu yang berkaitan dengan inkues siasatan kematian setiausaha politik exco Selangor.

Koroner Azmil Muntapha Abas memutuskan demikian dengan alasan isi kandungan surat yang diterima oleh peguam pemerhati keluarga Teoh Beng Hock, Gobind Singh Deo mempunyai elemen yang boleh menimbulkan prejudis terhadap kes itu.

Beliau turut memerintahkan agar salinan surat yang mengandungi nama-nama individu tertentu itu tidak disebarkan kepada media.

Prosiding inkues bersambung Isnin ini. - Utusan.

No comments:

Post a Comment