Salinan gambar tapak kasut Teoh Beng Hock : Kesan calar di tapak seolah mendiang diseret.SHAH ALAM 13 Ogos – Kesan tapak kasut berukuran sembilan inci yang kurang jelas ditemui berhampiran sebuah tingkap di tingkat 14 di mana Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock dipercayai jatuh sebelum ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam di sini.
Saksi ke-14 inkues, Shahrul Othman Mansor berkata, kesan yang ditemui semasa beliau membuat pemeriksaan di beberapa bahagian pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat tersebut telah dirakam oleh jurugambar polis.
Bagaimanapun, tiada ujian dibuat untuk menentukan siapa pemilik kesan tapak kasut tersebut. - Utusan


No comments:
Post a Comment