SHAH ALAM 20 Ogos - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor tidak menolak kemungkinan kejadian pejabat cawangannya di Klang dibaling molotov cocktail hingga merosakkan sebuah kenderaan milik suruhanjaya itu pagi ini mempunyai kaitan dengan kes kematian Teoh Beng Hock.
Pengarah SPRM Selangor, Jaafar Mahad berkata, kemungkinan itu ada kerana kes kematian Setiausaha Politik Exco Selangor itu masih hangat diperkatakan dan inkues berhubung kematiannya juga sedang berjalan.
Kata beliau, pihaknya bagaimanapun tidak bermaksud menuding jari kepada mana-mana pihak dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.
"SPRM tidak menolak kemungkinan kejadian ini ada kaitan dengan kes itu (kematian Beng Hock).
"Apa pun, kita sudah buat laporan polis. Biarlah polis yang menyiasat perkara ini untuk mengetahui motif sebenar kejadian," katanya ketika dihubungi hari ini.
Dalam kejadian pukul 7.12 pagi ini, sebuah kenderaan rasmi milik SPRM cawangan Klang hampir hangus selepas dilontar dengan molotov cocktail di kawasan tempat letak kereta pejabat suruhanjaya itu di Jalan Kota, Klang. - Utusan.


No comments:
Post a Comment