SHAH ALAM 12 Ogos - Ekoran dua doktor patologi yang menjalankan bedah siasat mayat Teoh Beng Hock tidak sihat, maka prosiding inkues hari ke-7 tergendala sebentar.
Peguam yang mewakili kerajaan Malaysia dalam inkues berkenaan ,Tan Hock Chuan memaklumkan perkara itu kepada Koroner Azmil Muntapha Abas.
Koroner bagaimanapun menangguhkan prosiding itu sebentar bagi membolehkan pihak pendakwa menyusun semula saksi setelah pakar patologi, Dr. Khairul Azman Ibrahim yang sepatutnya disoal balas oleh peguam hari ini tidak sihat dan diserang batuk sejak dua minggu lalu. - Utusan.


No comments:
Post a Comment