Laman Web SPRM

Tuesday, August 25, 2009

Inkues : Beng Hock tidak tenang semasa komputer riba diperiksa

SHAH ALAM 25 Ogos – Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd. Anuar Ismail memberitahu, Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock dilihat tidak tenang apabila komputer riba dan CPU miliknya diperiksa oleh beberapa orang pegawai SPRM di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor pada petang 15 Julai lalu.

Katanya, dia juga dimaklumkan Beng Hock sentiasa memegang telefon bimbit dan bercakap dalam bahasa cina dengan seseorang semasa memandu ke pejabat SPRM di Plaza Masalam di sini pada hari yang sama.

Beng Hock yang bertanggungjawab menyediakan tuntutan bagi pihak Ean Hian Wah dan mengesahkan kerja-kerja yang menggunakan peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu turut dilihat mundar-mandir semasa berada di pejabat SPRM sebelum dia ditemubual. - Utusan

No comments:

Post a Comment