SHAH ALAM 28 Ogos – Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Mohd. Adhraf Mohd. Yunus berkata, Teoh Beng Hock tidak boleh menjawab beberapa soalan berhubung baucer yang ditandatanganinya bagi pihak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah semasa ditemubual pada malam 15 Julai lalu.
Beliau yang membantu seorang lagi pegawai SPRM, Arman Alies menemubual Setiausaha Politik Exco Selangor itu antara pukul 10.40 dan 12.40 malam bagaimanapun mengesahkan Beng Hock tidak dipaksa untuk menjawab soalan-soalan berkenaan.
Malah, katanya, Beng Hock diberi masa untuk berfikir dan mengingati fakta-fakta yang perlu sebelum menjawab soalan serta turut diberikan minuman sepanjang sesi temu bual itu. - Utusan.


No comments:
Post a Comment