Laman Web SPRM

Tuesday, August 18, 2009

Inkues Teoh: Mangsa tak diserang sebelum meninggal dunia

SHAH ALAM: Tiada sebarang bukti yang menunjukkan bahawa Teoh Beng Hock telah diserang, sebelum pembantu politik itu menemui ajalnya bulan lalu.

Pakar patologi forensik Dr Prashant Naresh Samberkar juga memberitahu inkues terhadap kematian Teoh bahawa tiada sebarang kemungkinan bahawa serangan telah mengakibatkan kecederaan pada kawasan dubur dan tengkorak simati.

"Dalam kes ini, kecederaan pada dubur tidak mungkin akibat serangan kerana kecederaan sedemikian kepada bukaan pada bahagian anatomikal akan mengakibatkan banyak kesan koyak sekitar kulit dan ia amat menyakitkan.

"Tidak mungkin bagi seseorang yang menanggung kesakitan seperti itu, untuk berjalan ke tingkap dan kemudiannya jatuh," katanya hari ini, ketika disoal oleh peguam Tan Hock Chuan, yang hadir bagi pihak kerajaan, berhubung teori serangan yang dibangkitkan di mahkamah sebelum ini.

Dr Prashant, 42, yang berkhidmat dengan Unit Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya, berkata kecederaan seperti itu boleh menyebabkan pendarahan yang banyak yang tidak didapati ketika mayat dijumpai. - Berita Harian.

No comments:

Post a Comment