Laman Web SPRM

Tuesday, August 25, 2009

Inkues: Laporan polis dibuat sehati selepas mayat ditemui

SHAH ALAM 25 Ogos — Pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memberitahu prosiding inkues bahawa beliau diarah oleh Timbalan Pengarah SPRM Selangor untuk melaporkan kematian Teoh Beng Hock sehari selepas mayatnya dijumpai di tingkat lima, Plaza Masalam di sini.

Mohd. Anuar Ismail, yang berpangkat Pemangku Penguasa Kanan SPRM Selangor dalam keterangannya memberitahu setelah mayat Teoh ditemui lebih kurang pukul 2 petang, 16 Julai lalu, beliau tidak membuat laporan polis serta merta, sebaliknya pergi ke pejabat SPRM di Putrajaya bagi mendapatkan arahan lanjut pihak atasan mengenai perkara itu. - Utusan

No comments:

Post a Comment