Laman Web SPRM

Tuesday, August 11, 2009

UGUT SPRM : Polis kenal pasti cap jari pada surat ugutan

RAWANG 11 Ogos - Polis telah mengenal pasti enam cap jari pada surat berbaur ugutan yang dihantar kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar hari ini berkata, pihaknya sedang menunggu keputusan cap jari berkenaan daripada pakar cap jari di Bukit Aman.

Pada masa yang sama, katanya, polis turut menunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sampel air liur yang dipercayai diguna untuk melekatkan sampul surat tersebut. - Utusan

No comments:

Post a Comment