SHAH ALAM: Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik kepada Ahli Exco Selangor dilihat masih hidup sekitar jam 6 pagi pada hari beliau dijumpai mati iaitu 16 Julai lalu.
Mendiang dilihat sedang tidur di atas sofa di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Selangor di Plaza Masalam pada waktu itu oleh seorang pegawai suruhanjaya itu, Raymond Nion anak John Timban, kata pemangku Penguasa Kanan SPRM cawangan Selangor, Mohd Anuar Ismail, di Mahkamah Koroner di sini hari ini.
Mohd Anuar, 32, berkata pada jam 5 pagi hari yang sama Teoh telah meminta Mohd Ashraf Mohd Yunus, seorang pegawai SPRM, mengambilkan air minuman untuknya.
Teoh, 30, Setiausaha Politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan dakwaan salahguna wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di plaza itu.
Ketika disoal peguam yang mewakili pihak kerajaan, Tan Hock Chuan, sama ada Mohd Anuar sendiri ada melihat, bercakap dan berjumpa dengan Teoh dari jam 5 pagi hingga 8.30 pagi pada 16 Julai itu, beliau berkata:
Ketika itu jam 9 pagi (16 Julai). Saya ambil beg Teoh dan letakkan di dalam bilik saya.
"Kemudiannya saya bertanya pada Hairul Ilham Hamzah (pegawai SPRM) kenapa beg itu berada di situ dan kami kemudiannya bersama-sama berpusing mencari Teoh di bahagian sofa yang terdapat di pejabat. Saya tidak jumpa Teoh pada waktu itu."
Mohd Anuar yang juga saksi ke-16 dalam prosiding kematian Teoh itu berkata, hanya kira-kira jam 2 petang beliau melihat mayat Teoh yang ditemui di tingkat 5 bangunan tersebut.
Mohd Anuar berkata, Teoh adalah saksi utama SPRM dalam penyiasatan penyalahgunaan peruntukan kerajaan negeri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat Selangor. - Berita Harian


No comments:
Post a Comment