Laman Web SPRM

Friday, August 21, 2009

SPRM diserang


ANGGOTA polis dari Unit Forensik memeriksa kenderaan utiliti sukan milik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang rosak setelah dilontar beberapa bom api dalam kejadian di tempat letak kereta pejabat SPRM Cawangan Klang, Jalan Kota, semalam.

  • SEBUAH kenderaan utiliti sukan milik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Klang, Selangor, rosak selepas dilempar dengan beberapa botol bom api (molotov coctail) di tempat letak kereta pejabat itu, Jalan

    Kota, awal pagi semalam.

  • Ketua Pesuruhjayanya,Datuk Seri Ahmad Said Hamdan menyifatkan bom-bom api yang dilemparkan itu cukup untuk membakar bangunan pejabat itu sekiranya tidak dihalang.
  • Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pula berkata, polis sedang menyiasat kaitan antara kejadian itu dengan ugutan bunuh yang diterima oleh Ahmad Said, baru-baru ini.
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz tidak tolak kemungkinan ia angkara kongsi gelap. - Utusan.
  • No comments:

    Post a Comment