Inkues Teoh ditangguh esok, kesan seperti darah diperiksa
SHAH ALAM: Koroner Azmil Muntapha Abas membenarkan permohonan peguam pemerhati keluarga Teoh Beng Hock, Gobind Singh Deo, untuk kesan seperti darah di kawasan tangga kecemasan antara tingkat 14 dan 15 di Plaza Masalam diperiksa pakar forensik dan pakar DNA hari ini.
Azmil Muntapha juga membenarkan peguam bela mewakili kerajaan, Tan Hock Chuan, Timbalan Pendakwa Raya, Abarzafree Mohd Abas, Gobind dan peguam pemerhati bagi Kerajaan Selangor, Malik Imtiaz Sarwar, serta dua pakar forensik luar negara yang dilantik Kerajaan Selangor hadir di kawasan berkenaan ketika pakar forensik tempatan dan Dr Seah Lay Hong mengambil spesimen kesan berkenaan.
Bangunan itu menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.
- ENGLISH : Teoh Beng Hock's inquest: DNA test on stains UPDATED 11.30am:


No comments:
Post a Comment